BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 31 May 2011

kErEtA aRtiS mALaYsIa...pArT 1

MaZdA RX8



Mazda RX8 adalah merupakan antara kereta yang menjadi kegilaan anak-anak muda yang inginkan gaya serta ketrampilan yang lebih menarik..Bentuknya sahaja sudah menampakkan ciri-ciri sporty yang mampu memikat hati mana-mana anak gadis...Biar muka pecah rumah xpe...kalo dah naik RX8 ni...kompom poket tebal punyaaaa...hehehheehe..

Sebenarnya kereta dalam gambar ni adalah milik pelakon yang bernama Fazren Rafi. Muka dah la jambu..(bukan buah jambu batu mahupun kumpulan JAMBU dalam maharajalawak tu yee..)..Beliau merupakan salah seorang pelakon watak utama dalam drama Spa Q...Tapi kepada anak-anak gadis di luar sana jangan nak menggedik ye..Mamat ni dah bertunang...dah kena booking...So...cari yang lain yeee..


LaMbOrGhInI


Kereta ni kompom tangkap nangis ni..Ibarat membawa sebuah rumah banglo di atas jalanraya...Hanya yang tak tau nak buat apa ngan duit dorang jerk yang mampu beli kereta ni...Tapi padan la dengan owner kete macam gambar kat atas ni...sape yang tak kenal dengan pelakon,penyanyi dan sutradara Yusri Abd.halim ni...memang keluarga pun dah kaya..bertambah plak ngan kemahiran adik beradik KRU ni mencari duit dalam dunia artis ni...Tabik spring la dengan Yusri ni...Kalo aku nak beli kete macam ni, pendapatan aku sampai pencen pun tak tentu bley dapat beli....hehehheehe..korang amacam??ada beran??

cALdInA gT4

Jangan tak percayer kereta ni milik pelawak terkenal tanahair iaitu Shamsul Ghau Ghau...Bekas konstabel polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bahau,N.Sembilan ni telah menempa nama dalam industri hiburan setelah menjuarai Sinaran Pasport Kegemilangan iaitu sebuah rancangan mencari bakat baru suatu ketika dahulu.Tu la bak kata orang..hidup kena berani mencuba...Shamsul juga merupakan ahli berdaftar dalam kelab kereta Caldina Club Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai CCM...Cayalah broo....



Ni sorang lagik artis cun melecun iaitu Julia Ziegler yang terkenal dalam drama fatimah Juling...Tengok kereta dia pun bley juling mata oii...sama juga dengan Shamsul Ghau Ghau..Julia Ziegler memilih kereta Caldina Gt4 sebagai kereta idaman beliau..memang kena la ngan artisnyaaa...kereta seksi..artis pun seksi...Tambah-tambah design lampu belakang dia...pehhhh..!!Tak ketinggalan juga, Julia merupakan ahli berdaftar dalam Caldina Club Malaysia...

fErRaRi



Jangan ingat artis Hollywood jerk yang mampu pakai kete ni...Kereta buatan Itali ni mencecah harga jutaan ringgit oii...Tapi tak mustahil la pasangan jutawan  iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang berkahwin ngan Datuk K mampu pakai kete ni...Umur 32 tahun dah dapat pakai Red Monster ni...Baru la namanya "lari macam lipas kudung"..hahahaha...Ni la dikatakan tuah Siti...Aku kalo orang bagi bawak kereta ni pun takut..maklumlaa..kalo tercalar ke...kopakkk poketttt....mau pinjam Ah Long aku nanti...Tabik la aku ngan artis-artis Malaysia sekarang ni...

mItSuBiShI LaNcEr Gt


Kalo dah jiwa rempit masih menebal dalam diri tu,memang la kereta pilihan juga perlu berdesup gak...Ahmad Nabil Raja Lawak juga tak ketinggalan mempunyai kereta sporty..Jangan cilok kete macam cilok motor Honda EX5 dah la Nabil oii..hehehhehe...Hebat juga pelawak zaman sekarang ni yee...Ramai yang dah mampu pakai kereta mewah...Tapi kena beringat gak...Langit tak sentiasa cerah..kalo x bijak menguruskan kewangan masa glamour...Lu pikir la sendiri......!!!


nIsSaN gTr

Sebenarnya..ni la kereta idaman aku...Sedikit jeles la ngan Datuk Lee Chong Wei ni...memang mantoppppp..!!!Aku kalo letak Lisa Surihani ngan Nissan GTR..aku lebih tergoda ngan Nissan GTR lagik...hahahahaa....Ahli sukan pun sekarang ramai yang kaya raya dan dapat gelaran Datuk...Kalo dah pangkat Datuk tu...takkan la nak naik kete harga bawah 100k kot...Lepas ni kalo ada anak yang tak pandai belajar tu...ringan-ringankan la tangan hulur bola ke, bulu tangkis ke...mana tau dah besar sok leh jadi atlit sukan terkenal....Kepada Datuk Lee Chong Wei..gua memang jelessss sangat ngan kete luu...

0 comments: