BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 2 June 2011

kErEtA yAnG dIgUnAkAn oLeH pEmImpIn dUnIa

Kereta!!! Kalau orang yang tak cukup kaya cuma pakai kereta biasa-biasa seperti Proton,Perodua,Citroen dan kenderaan yang sama taraf dengannya.

Tapi kalau kaya sikit untuk tayang dekat klien yang ada syarikat tapi tak berapa besar bolehlah pakai Mercedes ataupun BMW ( Porcshe ) yang hebat-hebat.Situasi sekarang rakyat Malaysia yang kaya-kaya pakai BMW 5 series membuatkan ia tidak esklusif lagi.

Kalau yang kaya punyai bangunan tinggi-tinggi tinggal rumah banglo 3 tingkat dengan kolam renang di dalam rumah beserta TV LED 100' bolehlah beli kereta hebat tapi yang ini banyak incometax jadi cukup-cukup ja.Mereka ini nak tunjuk kaya jadi terpaksalah beli Ferrari atau Lamborghini sebab nak cakap ada kereta sport.

Yang ini memang betol-betol kayalah atau terlebih kaya dan kebanyakkan mereka ini orang yang ada rumah atas bukit dan kaya dari dulu sampai sekarang.Mereka akan beli Rolls Royce atau Bentley.Kalau nak laju selalunya beli Maserati.Kalau kaya juga dia akan beli kereta lama-lama seperti yang Merc yang harganya Rm450 000.Tapi tengok memang layak untuk raja saja.Kalau nak tengok gie Damansara kat BU3 tak salah aku.

Tapi itu untuk orang-orang kaya tapi kalau sebagai seorang pemimpin tak boleh pakai kereta hebat-hebat sangat tapi kena tunjuk bahawa mereka ini pemimpin berjimat cermat.Jika dahulu pemimpin di Perak pakai Toyota Camry selepas itu ditukar kembali ke Proton Perdana Executive.

Jadi hari ini aku nak menunjukkan kepada kalian semua tentang para pemimpin dunia pakai kereta apa? Kita mulakan dengan di Asia Tenggara atau negara-negara jiran kita :


Brunei : Sultan Brunei pernah menjadi salah seorang orang paling kaya di dunia.Ini membuktikan bahawa orang Melayu berjaya.Baginda memakai Rolls Royce Phantom jika menhadiri sesebuah majlis dan jika nak bawa sendiri mungkin memandu Merc W163 ataupun ML55 AMG.

Indonesia : Presiden Indonesia yang bernama Susilo Bambang Yudhoyono yang juga pemimpin bagi negara paling ramai penduduk beragama Islam menaiki kereta Merc W221 bernombor RI 1 atau Republik Indonesia 1.(seperti gambar di atas)

Laos : Bagi presiden dan Perdana Menteri Laos hanya menaiki kereta Toyota Crown sebagai pengakutan harian.
Filiphina : Presidennya ketika ini ialah Gloria Macapagal Arroyo menaiki kereta Merc seperti Indonesia iaitu Mercedes Benz W221 dan juga BMW E38 dengan menggunakan nombor 1 atau dengan perkataan PANGULO bermaksud Presiden.

Singapura : Jiran terdekat kita di selatan menaiki kereta Lexus LS dan juga Mercedes Benz S320L bagi presiden manakala Perdana Menteri menaiki Mercedes S280 sebagai kereta rasmi mereka.

Thailand : Bagi raja Bhumibol Adulyadej menaiki Maybach 62.Kereta baginda diiringi oleh Mercedes S class.Manakala Perdana Menteri pula menaiki Merc W220 hitam atau BMW E66 bewarna hitam ataupun Range Rover hitam.
Itulah kereta-kereta yang dipakai oleh para pemimpin negara-negara seberang.Kebanyakkan mereka menaiki Merc atau BMW tetapi Sultan Brunei memakai Rolls Royce Phantom sama seperti kebanyakkan raja-raja di Malaysia.
Mesir : Perdana Menteri Mesir ketika ini Hosni Mubarak menaiki kereta Mercedes Benz S-Class bewarna hitam.( Harap mereka segera membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan ketika konvoi Viva Palestina )

Turki : Sementara Perdana Menteri dan juga Presiden Republik Turki akan menaiki S-Class dan kebanyakkan para pemimpin senior menaiki kereta tersebut juga.

Pakistan : Syed Yousaf Raza Gilani ketika ini menduduki status sebagai Perdana Menteri akan menaiki Mercedes Benz W221 yang dinaiktaraf dengan sistem berperisai dan diiringi oleh 50 hingga 150 kereta mengikut destinasi yang ingin dituju.Dilengkapi dengan para komando,ambulan dan dilindungi dari udara dengan sebuah helikopter lengkap bersenjata.

Maghribi : Raja Maghribi, raja Muhammad VI akan menaiki Mercedes 600 Pullman.Sementara perdana menteri Maghribi pula akan menaiki kereta Mercedes Benz S-Class.

Greece : Perdana Menteri Grecce dan juga presidennya akan menaiki kereta Mercedes Benz W221 S-Class diiringi oleh Mercedes Benz G-Class.

Itali : Silvio Berlusconi memegang jawatan Perdana Menteri menaiki kereta keluaran negara mereka iaitu Maserati Quattroporte yang membaw maksud 4 dan begitu juga dengan presidennya.

Belanda : Keluarga diraja Dutch akan menaiki kereta Volvo S80 manakala Perdana Menteri Belanda akan menaiki BMW 7-series.

Sweden : Volvo S80 sama seperti keluarga diraja Belanda menjadi kereta rasmi Raja Sweden.Perdana Menteri mereka pula menaiki kereta BMW 7-series dan mereka akan diiringi oleh Swedish Security Service yang menaiki BMW X5,BMW 5-series dan juga Merc E-class.

England : Keluarga diraja British akan menaiki Bentley Limousine yang direka khas untuk Ratu Elizabeth II dan Perdana Menteri Gordon Brown akan menaiki kereta Jaguar XJ.


Amerika Syarikat : Seperti yang anda tahu, orang paling berkuasa di dunia akan menaiki Cadillac DTS Limousine dan direka khas dengan ciri keselamatan untuk presiden US dan diiringi oleh polis dan ambulan.



Kanada : Lincoln Town Car dan Lincoln MKS akan dinaiki oleh Ketua Gabenor Kanada dan Perdana Menteri mereka akan menaiki Chevrolet Tahoe ataupun Chevy Express.

Jepun : Maharaja Jepun akan menaiki kereta yang direka khas untuknya dari Toyota iaitu Toyota Century Royal yang beharga Rm 1.75 juta.Perdana Menteri mereka pula akan menaiki Toyota Century ataupun Lexus LH600hl.

Oman : Sultan Qaboos akan menaiki Merc S-class Pullman ataupun S600 Pullman dan juga kereta buatan General Motors iaitu Maybach 62.

Jamaica : Ketua Gebenor Jamaica akan menaiki kereta Mercedes Benz S600 dengan nombor plate GG1.Volvo S90 pula akan dinaiki oleh Bruce Golding selaku Perdana Menteri Jamaica.

Seterusnya ini kita akan ke negara terkecil di dunia iaitu Kota Vatikan atau di dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Vatican City.Kini Pope Benedict XVI menjadi ketua negara dan menjadi pemimpin bagi berbillion penganut Kristian Katolik.

Kereta untuk Pope ini dipanggil Popemobile dengan rekaan khas untuk Pope yang ketika ini Pope Benedict menaikinya Mercedes Benz M-Class yang telah diupgrade dengan berada dibelakang yang mempunyai cermin kalis peluru.Nombor plat kereta ini SCV 1 membawa maksud Stato della Citta del Vaticano yang membawa maksud Vatican City State.

Akhir sekali kembali ke Malaysia balik, Yang dipertuan Agong akan menyatakan yang Bentley Arnage dan Merc S-Class sebagai kereta rasminya dengan nombor plat lambang diraja negara.

Manakala bagi sultan-sultan yang lain selalunya menaiki Rolls Royce Phantom atau Mercedes S-class dan juga Stretch Limousine W124 dengan nombor platnya juga lambang diraja negeri sultan tersebut.

Bagi menteri kabinet di Malaysia akan menaiki Proton Perdana Executive dan Perdana Menteri Malaysia akan menaiki Proton Perdana Limousine yang direka khas untuk perdana menteri Malaysia dan diiringi .....

Kadang-kadang kalau lihat kereta yang escort pemimpin itu pun kadang-kadang gila mahal sampai beli Merc untuk polis.Tetapi kalau Perdana Menteri Pakistan tidak hairanlah kerana situasi disana agak berbahaya hinggakan terpaksa helikopter untuk mengawasinya.

0 comments: