BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 8 June 2011

kErEtA yAnG pALiNg JiMaT MiNyAk Di DuNiA...hEhE


Okey…sebelum kita lihat gambar-gambar lain bagi kereta Porsche ini nanti, kenapa Porshe ini dikatakan kereta paling jimat minyak? Apa yang lainnya kereta Porsche ini? Atau biasa-biasa sahaja? Kereta Porshe ini juga dibenarkan berada di jalan raya sekitar Austria. Ya…di Austria. Empunya kereta Porsche ini adalah merupakan seorang seniman bernama Hannes Langeder. Harga “kereta Porsche” ini?
Harganya kereta Porsche hanyalah sekitar € 13,000 bersamaan £11,000. Replika Porsche ini dibina sendiri oleh Encik Hannes Langeder supaya ia menyerupai sebuah model kereta Porsche GT3 RS yang harga sebenarnya adalah £130,000. Hannes Langeder menggunakan balang plastik dan aluminium foil emas yang telah dicat. Beratnya hanya 99.6 kilogram sahaja.
Hannes Langeder, 45, menghabiskan enam bulan (1,000 jam) untuk membina kereta Porsche yang mesra alam dan paling jimat minyak. Kalau daripada segi luaran dan mata kasar kita, rekaannya mirip Porsche GT3 RS yang sebenar dan projek seni ini digunakan untuk pameran yang berlangsung di Muzium Seni Lentos di Linz, Austria.















Realiti sebenarnya : kereta Porsche GT3 RS yang berharga £129,950 mampu memecut 0-60 dalam tempoh hanya 3.7 saat..

0 comments: