BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 8 June 2011

pDrM tEriMa mPv InSpiRa BeRhArGa rM 160,000



Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telahpun menerima 10 biji unit Proton Inspira 1.8 liter Manual Mobile-Petrol Vehicled (MPV) untuk menambahbaik kenderaan Polis sedia ada bagi membantu tugas-tugas harian.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menerima 10 unit kereta peronda (MPV) model Proton Inspira 1.8 liter manual untuk menjalankan tugas harian.
MPV tersebut lengkapi sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak yang mencecah RM160,000 seunit.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di sini.
Ismail berkata, beliau percaya pemberian terbabit dapat mengukuhkan penjanaan sumber logistik PDRM dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
“MPV penting dalam menjalankan tugas harian polis dengan cepat dan ia adalah barisan hadapan PDRM,” katanya selepas majlis itu di sini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdullah; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rashid serta Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Ismail berkata, PDRM dan Proton mula jalin kerjasama sejak projek kereta nasional diperkenalkan 26 tahun lalu.
“Sepanjang tempoh itu, kebanyakannya MPV adalah daripada model Proton, bermula dengan kereta nasional pertama, Proton Saga sehingga keluaran terbaru,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjalankan projek bersama Proton untuk menambah baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
“Antara projek itu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM bekerjasama dengan Proton menghasilkan prototaip MPV polis yang diubahsuai daripada Proton Inspira.
”Program itu dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 MPV yang mencapai had usia penggantian, diperoleh sejak 2006,” katanya.
Agak mahal juga ye kos untuk menambahkan peralatan lengkap sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak sampai harganya boleh mencecah RM 160,000.
Tapi kalau dah Proton sudi nak bagi, ambik sahajalah kan?Lagipun, kenderaan Polis biasanya bukan dalam keadaan standard.Sudah pasti ada tukaran perlatan berprestasi tinggi dalam enjin dan sebagainya, bagi memudahkan urusan Polis dalam mengejar penjenayah.
Kos-kos alat berprestasi tinggi ini juga bukannya murah, bagi sesiapa yang tahu mengenai barang-barang enjin ini.Lagipun, mesti malu kalau Polis nak kejar penjenayah, tak dapat sebab kena tinggal masa kejar-mengejarkan? Diharap dengan adanya kenderaan baru Proton Inspira MPV ini, pihak Polis dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan telus.

0 comments: