BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 2 June 2011

jEnIs-jEnIs PiNtU kErEtA


Regular Door ini memang senang kita lihat oleh kerana tahap keselamatannya yang tinggi selain cara menggunakannya begitu ringkas. Ini kerana pintu ini hanya perlu ditarik atau ditolak sahaja oleh penumpangnya.
 
Ciri keselamatan yang berada pada pintu jenis ini adalah bila pintu terbuka ketika kenderaan masih berjalan. Pintu itu akan dirempuh dengan angin menyebabkan pintu ini akan terus tertutup.
Jenis pintu ini memang senang ditemui dan hampir kebanyakkan kereta biasa akan menggunakan pintu ini yang mudah dan ringkas tetapi daya bukaannya lebih kurang 50 darjah.


Seterusnya pintu menggelongsor ataupun dalam Bahasa Inggeris dipanggil Sliding Door. Pintu jenis ini selalunya terdapat pada kenderaan yang panjang seperti van, bas mini dan MPV.
Antara sebab-sebab pintu ini digunakan pada kenderaan panjang adalah kerana ia menjimatkan ruang pintu untuk dibuka. Jika dibuka, pintu ini akan menggelongsor kebelakang membuatkan lebih senang keluar dengan bukaan yang luas.Ia juga digunakan mungkin atas faktor meletakkan barangan yang besar di dalam kenderaan menyebabkan ia mudah untuk memasukkan barang selain kenderaan yang besar selalunya dikaitkan dengan pengguna yang bertubuh besar.
 
Pintu menggelongsor juga tidak menggangu orang lain jika kita buka pintu seperti dihentian bas. Apabila pintu ini dibuka ia akan ke belakang jadi penunggu tidak akan berasa terganggu. Antara kenderaan yang menggunakan pintu jenis ini adalah Toyota Alphard.
 
 
Suicide Door atau dalam Bahasa Malaysianya boleh dipanggil '' Pintu Bunuh Diri '' ataupun '' Pintu Berani Mati '' ( betol ker ) selalunya terdapat didalam kenderaan-kenderaan mewah yang jarang kita jumpai.Sebab apa mereka panggil Suicide Door adalah kerana pintu ini agak berbahaya jika berlaku insiden yang tidak diingini. Contohnya bila pintu kereta ini terbuka, walaupun bukaanya kecil tetapi ia akan membawa bencana yang lebih besar.Ini kerana apabila kenderaan sedang bergerak dengan laju, angin akan bertembung dengan pintu ini membuatkan pintu ini buka sehingga rapat. Berbeza dengan Regular Door dimana ia akan tertutup kembali.

Kelebihan kereta yang menggunakan pintu jenis ini adalah kerana ketika mereka memasuki ke dalam kereta, mereka tidak boleh masuk dengan bergaya berjalan terus dan duduk berbeza dengan pintu biasa dimana pengguna perlu masuk dari tepi.Terdapat juga beberapa kelemahan pada pintu seperti ini, contohnya apabila anda buka pintu dalam masa kereta sedang berjalan, sejurus kereta itu berhenti pintu itu akan menghentam masuk balik. Ia akan berbahaya jika pengguna ingin keluar pada waktu tersebut.

Lagi satu kelemahan pintu jenis ini adalah apabila hendak tutup pintu, ini kerana bila pintu terbuka penumpang terpaksa bangun untuk menutup kembali pintu ini kerana pemegangnya berada di depan ini kerana jika ditarik dari belakang ia agak berat.Namun biasanya ada orang akan tutup pintu seperti pemandu tetapi jika kenderaan yang hanya mempunyai dua pintu, ia ada satu butang yang perlu ditekan dimana pintu akan secara automatiknya tertutup mengikut sistem Rolls Royce Phantom Coupe ( gambar ).
 
 
Seterusnya adalah pintu jenis Scissor Door atau Pintu Gunting juga dikenali sebagai Pintu Lambo. Pintu ini selalu digunakan pada kenderaan-kenderaan dua pintu ataupun kereta sport. Kelebihan kereta yang mempunyai pintu Lambo ini adalah mengurangkan ruang untuk membuka pintu ini membuatkan pemandu senang nak parking kereta. Selain tidak menggangu orang lain ketika buka pintu.

Kelemahan kereta ini juga kadang-kala susah untuk membuka dan menutup pintu ini. Selain itu, pintu ini lebih mahal dari pintu biasa selain susah untuk dicari. Jika mempunyai parking lot bawah tanah yang mempunyai ketinggian terhad boleh menyukarkan pintu ini dibuka ini kerana kemungkinan ia akan tersangkut.Daya bukannya selalunya lebih dari 90 darjah dimana membuatkan pemandu mudah keluar. Sesetengah pintu kenderaan dapat dibuka sehingga 130 darjah. Antara kereta yang menggunakan pintu ini adalah Lamboghini Diablo,Countach,Murcielago,Gallardo dan Reventon selain kereta sport yang lain.


Antara pintu kenderaan yang paling berjaya sekali adalah pintu Gull-Wing. Pintu ini yang pertama digunakan untuk kereta adalah Mercedes Benz 300-SL dimana pintu ini akan naik keatas seperti sayap.
Pintu ini selalunya akan merangkumi dengan bumbung kereta sekali untuk membukanya. Pintu jenis ini susah dibuka jika diletakkan bersebelahan kereta lain kerana ia memakan banyak ruang ketika membuka.
 
Bukaannya pula luas ini kerana keseluruhan pintu akan berada diatas membuatkan pemandu dapat keluar dengan selesa.Namun jika diletakkan ditempat bawah tanah pintu ini akan sangkut pada bumbung jika ketinggiannya rendah.Perkataan Gull-Wing ini diambil dari burung Gull dari keluarga Laridae. Sayap burung ini diambil untuk membuat kereta Mercedes Benz 300-SL pada tahun 1952 dan pada tahun 2010 Mercedes Benz mengeluarkan Mercedes Benz SLS AMG dimana menggunakan pintu Gull-Wing juga.

0 comments: