BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 31 May 2011

kELaB kErEtA mALaYsIa - MaLaYsIa HoNdA CiViC cLuB

MaLaYsIa HoNdA CiViC cLuB


Dikenali dengan nama ringkas “MHCC”, atau lebih tepat Malaysian Honda Civic Club mempunyai ahli yang melibatkan seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dengan jumlah ahli yang mencecah 10ribu ahli, MHCC gah mengumpul kesemua pemilik model Honda Civic dari Generasi Pertama Hingga lah ke Generasi terkini. Dengan berteraskan Rekreasi dan Sosial Kelab ini aktif mengadakan aktiviti-aktiviti kepada Ahli yang menyertai.

Kelab ini ditubuhkan pada 9 Oct 2003 melalu Yahoo Groups oleh Saudara Faiz Yusof (Castello). Pada mulanya kelab ini hanya aktif hanya di dalam website, setelah setahun beroperasi saudara Aman Mahmud Mean (amanx) mula mengadakan perjumpaan-perjumpaan kecil di sekitar Kuala Lumpur bagi menghidupkan kelab ini. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan, saudara Faizal Salehan (faceless) mula menawarkan membina laman web yang tersendiri iaitu www.mhccgroup.com pada 28 Jun 2005. Laman yang cukup canggih serta user friendly merupakan talian khas bagi ahli-ahli MHCC untuk berforum sesama ahli inilah medium perhubungan yang amat bermanfaat dan berilmu. Antara isi kandungan website adalah forum perbincangan mengenai pelbagai topik, pengiklanan, galeri foto, calendar aktiviti kelab dan pelbagai lagi.

MHCC terbahagi kepada 5 Region iaitu:
Central Region – N.Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Eastern Region – Kelantan, Terengganu & Pahang.
Northern Region – Perlis, Kedah, P.Pinang & Perak.
Southern Region – Melaka, Johor.
Borneo Region – Labuan, Sabah & Sarawak.

Setiap Region mempunyai Carta Organisasi tersendiri yang dikawal oleh Central Region sebagai pusat pentadbiran MHCC. Bagi membiayai Kelab, MHCC menggunakandana sendiri hasil dari penjualan baju polo, T-shirt, Kemeja Rasmi, Stiker & Pelekat cermin Rasmi kelab kepada ahli-ahli kelab. MHCC juga ada menerima sumbangan tajaan daripada penaja dan juga sedang giat mencari penaja untuk aktiviti-aktiviti bagi tahun yang akan datang agar kami dapat menjalankan program yg lebih bermanfaat kepada ahli dan masyarakat. Anda memiliki Honda Civic, silalah luangkan sedikit masa menyertai dan menjadi sebahagian ahli keluarga Kelab Honda Civic Malaysia dimana bantuan diperlukan dengan tangan terbuka kami hulurkan bukan sahaja kepada ahli malah masyarakat Malaysia terutamanya.

0 comments: