BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 21 July 2011

Jaguar lancarkan project C-X75, pesaing Veyron


Jaguar mengambil langkah berani ke masa depan dengan mengumumkan pengeluaran Projek C-X75 seni-unggul kereta hebat yang akan menjadi salah satu terpantas dan terrendah pengeluaran asap kenderaan di dunia.
Projek C-X75 akan menjadi kenyataan terbesar dari segi rekabentuk dan inovasi kejuruteraan Jaguar. Kereta hebat hybrid prestasi tinggi ini akan mengekalkan rekabentuk konsep awal, sementara memenuhi syarat-syarat yang membolehkan ia dibenarkan untuk kegunaan jalanraya.
“Kami selalu bersungguh bahawa Projek Jaguar C-X75 akan menarik perhatian di jalanan seperti mana ia dalam bentuk konsep,” kata pengarah rekabentuk Jaguar Ian Callum. “Ini akan menjadi salah satu Jaguar yang terbaik yang pernah dihasilkan. Kita harus membuat perubahan untuk membawa kereta ini ke pasaran, tapi saya yakin ia akan mengekalkan semua kesan visual dari konsep asal ..”



Idea Projek C-X75 diterima bersempena perayaan 75 tahun Jaguar. Ia bakal menjadi salah satu kereta hebat paling maju di dunia.
Bentuk eksterior pesawat sederhana tubular telah dikekalkan dari kereta konsep. Projek C-X75 mencapai bentuknya yang unik tanpa mengorbankan kecekapan aerodinamik
Jaguar berharap kereta hebat hibryd ini akan menghasilkan pembebasan CO2 sangat rendah, kurang daripada CO2 99g/km, namun mampu mencapai pecutan lebih daripada 200mph.


Menggunakan bateri Regenerasi Kinetic Energy System (KERS), ini akan menjadi salah satu kereta hebat paling cekap di dunia.
Projek C-X75 akan didorong oleh generasi berikutnya dari segi teknologi mesin kecil kuat yang dipertingkatkan.
Projek C-X75 akan menawarkan prestasi yang mengatasi pengeluaran kereta-kereta terpantas di pasaran, sementara mengadaptasi teknologi mutakhir yang sangat ekonomis. Mencapai dibawah tiga saat 0-60mph dan kelajuan tertinggi lebih dari 200mph. Terpenting sekali, prestasi ini dihasilkan bersama pembebasan asap sangat rendah, kurang daripada CO2 99g/km, terima kasih kepada pembinaan ringan dan teknologi mutakhir powertrain.
Pecutan tertinggi lebih dari 200mph, 0-60mph dalam waktu kurang dari 3 saat dan 0-100mph dalam masa kurang dari 6 saat.
Suatu sistem bahagian bawah badan kereta menggabungkan aerofoil bergerak dan kawalan arah dari pembebasan gas buangan untuk memastikan downforce maksima dan rintangan sangat rendah.


Projek C-X75 akan menjadi model marque Inggeris yang paling canggih dewasa ini. Dalam sebuah langkah belum pernah berlaku sebelumnya, Projek C-X75 akan dibina dengan kerjasama Williams F1 yang akan meminjamkan kepakaran teknik mereka dalam perbagai bidang termasuk aerodinamik, pembuatan komposit karbon dan teknologi hibrid.
Pemindahan teknologi antara sukan motort elit dan kereta pengeluaran adalah kunci kejayaan Projek C-X75′s. Chassis kereta hebat ini akan dibuat dari serat karbon ini membuatkan strukturnya sangat ringan tetapi kuat.
Turut membantu dalam peralihan dari kereta konsep ke pengeluaran adalah pilihan powertrain. Sementara Jaguar terus mengembangkan penggunaan turbin mikro, seperti yang ditunjukkan dalam versi konsep. Projek yang sedang berjalan, C-X75 akan menggunakan seni unggul enjin pembakaran dalaman yang sangat dikuatkan yang direka dan dibina untuk ujian terhebat – Formula Satu.


Projek C-X75 akan menggabungkan bateri Regenerasi Kinetic Energy System (KERS), yang dibangunkan di Formula Satu dan sekarang diadaptasi untuk kenderaan pengeluaran. Projek ini akan membuat C-X75 kereta hebat hibrid benar-benar mampu menjalankan kuasa senyap dengan pelbagai pilihan lebih dari 50km.
Kerja sama terbaru dengan Williams F1 akan memaparkan inovasi senireka dan kejuruteraan yang terbaik daripada Inggeris.
Dengan mengadaptasi teknik-teknik pembinaan yang paling canggih, kereta hebat Jaguar yang terbaru akan ringan namun sangat kuat.
Teknologi dan kejuruteraan terasah pada tahap tertinggi sukan permotoran akan dialihkan terus ke Projek C-X75.

aUdi A1 dAri eUrOmObiL

Euromobil telah secara rasmi melancarkan kereta Audi A1 di Malaysia akhir bulan lalu. Hanya satu varian ditawarkan ke pasaran ini iaitu TFSI 1.4, dengan harga RM179, 900 atas jalan tanpa insurans.
Blok injin turbo 1.4 liter dengan empat silinder suntikan terus menawarkan 122 hp pada rpm 5000 dan 200 Nm tork, yang boleh dicapai dari rpm 1,500-4,000 – ia dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan S-tronic. Ciri-ciri komputer prestasi termasuk masa 0-100 kph sebanyak 8.9 saat dan kelajuan 203 top kph. Terdapat perbezaan kuasa berbanding dengan 1.4 liter itu dengan yang terdapat di Golf dan Scirocco TSI; ini adalah kerana Audi menggunakan 1.4 turbo tunggal, tidak 1.4 turbo berkembar.


Ciri-ciri standard Audi A1 termasuk lampu depan Xenon, lampu LED dibelakang, depan dan lampu kabus belakang, sensor cahaya dan hujan serta penghawa dingin automatik. Dilengkapi trim Ambition, kereta ini didatangkan dengan tempat duduk depan sporti yang dipakaikan kain Herzklopfen, stereng tiga cabang bersalut kulit aa dan trim interior citarasa aluminium.

Juga, spoiler bumbung belakang, tingkap sisi dan belakang kaca berpenebat haba dan rim aloi 16-inci 10 jejari memenggunakan tayar siri 215/45. Ciri keselamatan termasuk enam beg udara dan pelbagai akronim tiga huruf yang berasaskan ESP ini seperti ABS, EBD, ASR (daya tarikan kawalan) dan EDL, juga bantuan brek.


Selain itu, Audi A1 dilengkapi satu sistem audio komprehensif Audi Concert dengan paparan warna TFT 6.5 inchi, penukar 6-CD, pembaca kad memori SDHC, input tambahan keserasian Bluetooth, MP3, AAC dan WMA lengkap dengan 10 pembesar suara dan 180-watt penguat enam saluran.
Pilihan tambahan untuk A1 terdiri daripada warna luaran dengan kesan mutiara (RM2, 500), atap panorama (RM4, 500), , 14 speaker Bose sistem bunyi keliling berkuasa 465-watt (RM4, 000) dan pakej S Line (RM15, 000).


Jika dahulu, Audi A1 punyai saudara sepupunya iaitu Volkswagen (VW)Golf yang mempunyai ciri yang hampir sama. I adalah kerana Audi dan Porche adalah dibawah kumpulan automotif


Volkswagen. Disekitar 2004 dahulu ketika VW mula melangkah kembali ke Malaysia kita dapat lihat kebanjiran VW Tuoreg yang susuknya kelihatan seperti Porsche Cayenne sebelum negara kita panas dengan isu Raja AP, iaitu individu tertentu yang mendapat agihan permit import kereta CBU yang berlebihan.

Thursday 9 June 2011

RaLi MaLaYsiA aPrC 2011 – pRoToN sAtRiA nEo S2000



Berita yang menggembirakan buat peminat rali Proton, pasukan Proton Motorsports yang dipandu oleh Chris Atkinson menduduki tempat pertama manakala Alister McRae di tempat ketiga dalam Rali Malaysia APRC 2011.
Hari ketiga perlumbaan di Tai Tak Estate, Kota Tinggi, Johor hari ini memperlihatkan kereta Satria Neo S2000 berjaya membuktikan ketahanan dan prestasi cemerlang walaupun pada tahun lepas masalah mekanikal telah menyebabkan kedua-dua buah kereta terkeluar awal dari saingan.
Perancangan rapi buat pasukan Proton Motorsports berjalan lancar pada akhirnya dan Atkinson memberikan pujian sepenuhnya kepada jentera Neo S2000 pada sidang media yang diadakan untuk pemenang. Menurut Atkinson, mereka telah mengambil langkah yang cukup besar hari ini merujuk kepada kemampuan prestasi kereta yang ditunjukkan sewaktu perlumbaan berlangsung.



Sistem suspensi baru dan kerja-kerja pembangunan jentera melibatkan bahagian enjin telah terbayar. Tambahnya lagi, ianya merupakan permulaan yang sangat bagus tahun ini apabila melihat kepada pusingan seterusnya dalam perlumbaan Asia Pacific Rally Championship.
“Rahsia kepada kejayaan kami di sini untuk Alister (McRae) dan saya ialah cara bagaimana kereta memberikan respon (tindakbalas). Itulah sebabnya kenapa kami menang di sini dalam jumlah margin yang besar,” kata Atkinson. Sementara itu tidak dilupakan pasukan Proton Cusco Rally Team yang menampilkan dua buah Proton Satria Neo 1600c khusus untuk rali dalam Group N, telah berjaya menduduki tempat kelapan dan kesembilan. Kedua-dua kereta itu dipandu pemandu Jepun, Akira Bamba dan Kosuke Takashino.
Buat pasukan Proton Motorsports yang telah mengharumkan nama negara di tempat sendiri dalam perlumbaan pembukaan APRC 2011 musim ini, ucapan sekalung tahniah diberikan. Teruskan menghadapi cabaran dalam perlumbaan seterusnya di Australia pada 13-15 Mei depan.

Wednesday 8 June 2011

mAzDa 3 mPs DiLaNcArKaN Di MaLaYsiA



Kereta Mazda 3 MPS akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac 2011 dengan harga pengenalan RM 175,000, kata Bernaz Motor, iaitu pengedar sah dan eksklusif untuk kenderaan jenama Mazda di Malaysia.
Dicipta oleh Mazda Performance Series, Mazda 3 MPS ini akan dikausakan enjin 2.3 liter Turbocharged MZI DISI yang mempunyai 259 kuasa kuda dan 380 Nm kuasa kilas yang mengagumkan.
Berkeinginan untuk meluaskan lagi penguasaan jenama Mazda dalam pasaran mid-size segmen, Bernaz mengumumkan bahawa Mazda 3 pemasangan tempatan untuk kategori hatchback dan sedan telahpun bermula pada bulan Januari di Inokom, Kedah dengan sasaran pengeluaran sebanyak 3000 unit setahun.


Harga bagi Mazda 3 pemasangan tempatan pula hanya akan diumumkan pada 2 Mac 2011 ini.Kami memang dah lama minat Mazda 3 ini. Bukan hanya disebabkan pemanduan dan enjinnya yang baik, malah rekabentuknya juga nampak “sporty” dan garang. Diharapkan Mazda 3 yang dipasang di Malaysia ini akan lebih murah dan berpatutan.
Dan untuk makluman, varian Mazda 3 MPS dan CKD akan dipertunjukkan di “Mazda Motor Show” di ruang Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre bersama-sama dengan kenderaan Mazda yang lain seperti Mazda 2, Mazda 5,Mazda 6, Mazda 8, Mx-5, RX-8, CX-7 dan CX-9 bertarikh 2 hingga 6 Mac 2011. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan Mazda Motor Show ini ditempat yang ditetapkan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan kenderaan Mazda ini.




P.S.Kalau cukai dah turun, mungkin kami akan mula pasang angan-angan memilikinya.

pEuGeOt rCz SpOrTs CoUpE 2011DiLaNcArKan Di MaLaYsiA


Peugeot RCZ Sports Coupe 2011 bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu depan, berdasarkan sumber pengedar sah kereta jenama Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd.



Berdasarkan di atas acuan rekabentuk Peugeot 308 hatchback, RCZ Sports Coupe ini dijanakan oleh 2 versi enjin BMW PSA-Prince 1.6 liter Twin-Scroll Induksi Paksaan (TurboCharged) yang berkuasa menghamburkan kuasa sebanyak 156 kuasa kuda dan 240 Nm kuasa tork bagi versi pertama dan 200 kuasa kuda dan 275 Nm kuasa tork bagi versi kedua.



Kuasa enjin bagi versi pertama disalurkan melalui transmisi automatik 6 kelajuan manakala bagi versi kedua yang lebih berkuasa, ianya dilengkapi dengan transmisi manual 6 kelajuan.




RCZ Coupe ini diberitakan bakal bersaing dengan kereta-kereta segmen “Premium Coupe” dimana, harganya pasti akan berada pada sekitar RM 100,000.Tidak seperti kereta Peugeot yang lain, Peugeot RCZ ini sememangnya tampak lebih bergaya dan sporty.Ia juga pernah diundi untuk kategori ”The Most Beautiful Car of the Year” di 25th International Automobile Festival.

Layan lagi gambar-gambar Peugeot RCZ Sports Coupe 2011 di bawah.












kErEtA pErOnDa PdRm GuNa KiA fOrTe



Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Mungkin? Lagi gambar kereta peronda PDRM Kia Forte…..



Takkan proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta polis peronda Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi.


Dengan kemasukan kereta Kia Forte ini dalam pasukan PDRM, bertambahlah koleksi kereta polis di Malaysia setakat ini :

  • Proton Wira

  • Proton Iswara

  • Proton Waja

  • Proton Satria GTi (dah tak nampak lagi, wujud lagi?)

  • Proton Perdana

  • Perodua Kancil

  • Perodua Kembara

  • Perodua Rusa

  • Mitsubishi Lancer Evo 10

  • NAZA Forte



  • Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam.




    P/S : Apa pandangan anda dengan kereta polis peronda PDRM yang baru ini?



    pDrM tEriMa mPv InSpiRa BeRhArGa rM 160,000



    Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telahpun menerima 10 biji unit Proton Inspira 1.8 liter Manual Mobile-Petrol Vehicled (MPV) untuk menambahbaik kenderaan Polis sedia ada bagi membantu tugas-tugas harian.

    SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menerima 10 unit kereta peronda (MPV) model Proton Inspira 1.8 liter manual untuk menjalankan tugas harian.
    MPV tersebut lengkapi sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak yang mencecah RM160,000 seunit.
    Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di sini.
    Ismail berkata, beliau percaya pemberian terbabit dapat mengukuhkan penjanaan sumber logistik PDRM dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
    “MPV penting dalam menjalankan tugas harian polis dengan cepat dan ia adalah barisan hadapan PDRM,” katanya selepas majlis itu di sini.
    Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdullah; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rashid serta Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
    Ismail berkata, PDRM dan Proton mula jalin kerjasama sejak projek kereta nasional diperkenalkan 26 tahun lalu.
    “Sepanjang tempoh itu, kebanyakannya MPV adalah daripada model Proton, bermula dengan kereta nasional pertama, Proton Saga sehingga keluaran terbaru,” katanya.
    Beliau berkata, pihaknya menjalankan projek bersama Proton untuk menambah baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
    “Antara projek itu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM bekerjasama dengan Proton menghasilkan prototaip MPV polis yang diubahsuai daripada Proton Inspira.
    ”Program itu dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 MPV yang mencapai had usia penggantian, diperoleh sejak 2006,” katanya.
    Agak mahal juga ye kos untuk menambahkan peralatan lengkap sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak sampai harganya boleh mencecah RM 160,000.
    Tapi kalau dah Proton sudi nak bagi, ambik sahajalah kan?Lagipun, kenderaan Polis biasanya bukan dalam keadaan standard.Sudah pasti ada tukaran perlatan berprestasi tinggi dalam enjin dan sebagainya, bagi memudahkan urusan Polis dalam mengejar penjenayah.
    Kos-kos alat berprestasi tinggi ini juga bukannya murah, bagi sesiapa yang tahu mengenai barang-barang enjin ini.Lagipun, mesti malu kalau Polis nak kejar penjenayah, tak dapat sebab kena tinggal masa kejar-mengejarkan? Diharap dengan adanya kenderaan baru Proton Inspira MPV ini, pihak Polis dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan telus.

    sPyShOt PrOtOn ExOrA tUrBo



    Proton Exora Turbo sudahpun mula menjalani ujian di atas jalan raya.Seperti yang semua tahu, pembangunan Proton Exora versi turbo ini sudahpun dimulakan sejak tahun lepas lagi dan beberapa keping gambar mengenai Proton Exora Turbo ini telahpun berlegar-legar di kebanyakan blog.
    Gambar di bawah merupakan gambar spyshot yang telah diambil oleh saudara Zairul.Exora turbo tersebut ditemui di atas lebuh raya utara-selatan sebelum exit ke Putrajaya. Kelajuannya dikatakan melebihi 140 km/j, dan terus memecut lebih laju sehingga hilang dari pandangan.Nampaknya pihak Proton sedang menguji Proton Exora Turbo ini secara maksimum.




    Kami masih lagi tidak tahu bilakah Proton Exora Trubo ini bakal dilancarkan, namun dijangkakan pelancarannya bakal diadakan pada hujung tahun ini.Apa pandangan anda mengenai Proton Exora Turbo yang bakal dilancarkan ini?

    kErEtA yAnG pALiNg JiMaT MiNyAk Di DuNiA...hEhE


    Okey…sebelum kita lihat gambar-gambar lain bagi kereta Porsche ini nanti, kenapa Porshe ini dikatakan kereta paling jimat minyak? Apa yang lainnya kereta Porsche ini? Atau biasa-biasa sahaja? Kereta Porshe ini juga dibenarkan berada di jalan raya sekitar Austria. Ya…di Austria. Empunya kereta Porsche ini adalah merupakan seorang seniman bernama Hannes Langeder. Harga “kereta Porsche” ini?
    Harganya kereta Porsche hanyalah sekitar € 13,000 bersamaan £11,000. Replika Porsche ini dibina sendiri oleh Encik Hannes Langeder supaya ia menyerupai sebuah model kereta Porsche GT3 RS yang harga sebenarnya adalah £130,000. Hannes Langeder menggunakan balang plastik dan aluminium foil emas yang telah dicat. Beratnya hanya 99.6 kilogram sahaja.
    Hannes Langeder, 45, menghabiskan enam bulan (1,000 jam) untuk membina kereta Porsche yang mesra alam dan paling jimat minyak. Kalau daripada segi luaran dan mata kasar kita, rekaannya mirip Porsche GT3 RS yang sebenar dan projek seni ini digunakan untuk pameran yang berlangsung di Muzium Seni Lentos di Linz, Austria.















    Realiti sebenarnya : kereta Porsche GT3 RS yang berharga £129,950 mampu memecut 0-60 dalam tempoh hanya 3.7 saat..

    sEnArAi HaRgA kErEtA-pErOdUa

    Kancil 660cc

    Price : RM24792

    Monthly : RM278



    Viva 660cc

    Price : RM28800

    Monthly : RM323



    Viva 850cc

    Price : RM32900

    Monthly : RM369



    Viva 1.0cc (MT)

    Price : RM37200

    Monthly : RM417



    Viva 1.0cc (AT)

    Price : RM40200

    Monthly : RM450



    Myvi 1.0cc (MT)

    Price : RM39447

    Monthly : RM443



    Myvi 1.3cc (MT)

    Price : RM43900

    Monthly : RM494



    Myvi 1.3cc (AT)

    Price : RM46900

    Monthly : RM535



    Myvi 1.3cc SE (MT)

    Price : RM50400

    Monthly : RM576



    Myvi 1.3cc SE (AT)

    Price : RM53400

    Monthly : RM608

    sEnArAi HaRgA kErEtA-pRoToN

    Saga FL 1.3 MT (Standard)


    Price : RM 37998

    Monthly : RM415



    Saga FL1.3 AT (Standard)

    Price : RM39498

    Monthly : RM446



    Saga BLM 1.3 MT (Executive)

    Price : RM40698

    Monthly : RM445



    Saga FL 1.3 AT (Executive)

    Price : RM43298

    Monthly : RM475





    Savvy 1.2 MT (Lite)

    Price : RM33549

    Monthly : 379



    Savvy 1.2 AMT (Lite)

    Price : RM36549

    Monthly : RM412


    Savvy 1.2 MT (M-Line)
    Price : RM40240
    Monthly : RM455

    Savvy 1.2 AMT (M-Line)

    Price : RM43182
    Monthly : RM488

    Savvy 1.2 MT (H-Line)
    Price : RM43276
    Monthly : RM489

    Savvy 1.2 AMT (H-Line)
    Price : RM45841
    Monthly : RM518




     

    Persona 1.6 Elegance IAFM MT (B-Line)
    Price :RM46499
    Monthly : RM520

    Persona 1.6 Elegance IAFM AT (B-Line)
    Price :RM49499
    Monthly : RM555

    Persona Elegance 1.6 IAFM MT (M-Line)
    Price :RM52999
    Monthly : RM570


    Persona 1.6 Elegance IAFM AT (M-Line)
    Price :RM55999
    Monthly : RM614

    Persona 1.6 Elegance IAFM AT (H-Line)
    Price :RM59499
    Monthly : RM650

    Persona 1.6 Elegance IAFM AT (SE)

    Price :RM59800
    Monthly : RM677




    Satria Neo 1.6 MT (Lite)
    Price : RM43900
    Monthly : RM497

    Satria Neo 1.6 AT (Lite)
    Price : RM46900
    Monthly : RM531

    Satria Neo 1.6 MT (M-Line)
    Price : RM48500
    Monthly : RM548

    Satria Neo 1.6 AT (M-Line)
    Price : RM51500
    Monthly : RM582

    Satria Neo CPS 1.6 MT (H-Line)
    Price : RM57763
    Monthly : RM654

    Satria Neo CPS 1.6 AT (H-Line)
    Price : RM60763
    Monthly : RM685




    Gen2 1.6 IAFM MT
    Price : RM53488
    Monthly : RM605

    Gen2 1.6 IAFM AT
    Price : RM56488
    Monthly : RM639

    Gen2 1.6 CPS MT
    Price : RM57488
    Monthly : RM650

    Gen2 1.6 CPS AT
    Price : RM60488
    Monthly : RM684


    Waja Campro 1.6 CPS MT
    Price : RM61888
    Monthly : RM699

    Waja Campro 1.6 CPS AT
    Price : RM64888
    Monthly : RM733
     
     
     
    Exora MC 1.6 CPS MT (B-Line)
    Price :~RM58998
    Monthly :~RM680

    Exora MC 1.6 CPS MT (M-Line)
    Price :~RM65998
    Monthly :~RM720

    Exora MC 1.6 CPS AT (M-Line)
    Price : ~RM70998
    Monthly :~RM811

    Exora MC1.6 CPS AT (H-Line)
    Price :~RM76998
    Monthly :~RM870


    Inspira 1.8 Manual
    Price : RM82849
    Monthly : RM982


    Inspira 1.8 CVT
    Price : RM89950
    Monthly : RM1007


    Inspira 2.0 CVT
    Price : RM96950
    Monthly : RM1070