BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 9 June 2011

RaLi MaLaYsiA aPrC 2011 – pRoToN sAtRiA nEo S2000



Berita yang menggembirakan buat peminat rali Proton, pasukan Proton Motorsports yang dipandu oleh Chris Atkinson menduduki tempat pertama manakala Alister McRae di tempat ketiga dalam Rali Malaysia APRC 2011.
Hari ketiga perlumbaan di Tai Tak Estate, Kota Tinggi, Johor hari ini memperlihatkan kereta Satria Neo S2000 berjaya membuktikan ketahanan dan prestasi cemerlang walaupun pada tahun lepas masalah mekanikal telah menyebabkan kedua-dua buah kereta terkeluar awal dari saingan.
Perancangan rapi buat pasukan Proton Motorsports berjalan lancar pada akhirnya dan Atkinson memberikan pujian sepenuhnya kepada jentera Neo S2000 pada sidang media yang diadakan untuk pemenang. Menurut Atkinson, mereka telah mengambil langkah yang cukup besar hari ini merujuk kepada kemampuan prestasi kereta yang ditunjukkan sewaktu perlumbaan berlangsung.



Sistem suspensi baru dan kerja-kerja pembangunan jentera melibatkan bahagian enjin telah terbayar. Tambahnya lagi, ianya merupakan permulaan yang sangat bagus tahun ini apabila melihat kepada pusingan seterusnya dalam perlumbaan Asia Pacific Rally Championship.
“Rahsia kepada kejayaan kami di sini untuk Alister (McRae) dan saya ialah cara bagaimana kereta memberikan respon (tindakbalas). Itulah sebabnya kenapa kami menang di sini dalam jumlah margin yang besar,” kata Atkinson. Sementara itu tidak dilupakan pasukan Proton Cusco Rally Team yang menampilkan dua buah Proton Satria Neo 1600c khusus untuk rali dalam Group N, telah berjaya menduduki tempat kelapan dan kesembilan. Kedua-dua kereta itu dipandu pemandu Jepun, Akira Bamba dan Kosuke Takashino.
Buat pasukan Proton Motorsports yang telah mengharumkan nama negara di tempat sendiri dalam perlumbaan pembukaan APRC 2011 musim ini, ucapan sekalung tahniah diberikan. Teruskan menghadapi cabaran dalam perlumbaan seterusnya di Australia pada 13-15 Mei depan.

Wednesday, 8 June 2011

mAzDa 3 mPs DiLaNcArKaN Di MaLaYsiA



Kereta Mazda 3 MPS akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac 2011 dengan harga pengenalan RM 175,000, kata Bernaz Motor, iaitu pengedar sah dan eksklusif untuk kenderaan jenama Mazda di Malaysia.
Dicipta oleh Mazda Performance Series, Mazda 3 MPS ini akan dikausakan enjin 2.3 liter Turbocharged MZI DISI yang mempunyai 259 kuasa kuda dan 380 Nm kuasa kilas yang mengagumkan.
Berkeinginan untuk meluaskan lagi penguasaan jenama Mazda dalam pasaran mid-size segmen, Bernaz mengumumkan bahawa Mazda 3 pemasangan tempatan untuk kategori hatchback dan sedan telahpun bermula pada bulan Januari di Inokom, Kedah dengan sasaran pengeluaran sebanyak 3000 unit setahun.


Harga bagi Mazda 3 pemasangan tempatan pula hanya akan diumumkan pada 2 Mac 2011 ini.Kami memang dah lama minat Mazda 3 ini. Bukan hanya disebabkan pemanduan dan enjinnya yang baik, malah rekabentuknya juga nampak “sporty” dan garang. Diharapkan Mazda 3 yang dipasang di Malaysia ini akan lebih murah dan berpatutan.
Dan untuk makluman, varian Mazda 3 MPS dan CKD akan dipertunjukkan di “Mazda Motor Show” di ruang Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre bersama-sama dengan kenderaan Mazda yang lain seperti Mazda 2, Mazda 5,Mazda 6, Mazda 8, Mx-5, RX-8, CX-7 dan CX-9 bertarikh 2 hingga 6 Mac 2011. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan Mazda Motor Show ini ditempat yang ditetapkan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan kenderaan Mazda ini.




P.S.Kalau cukai dah turun, mungkin kami akan mula pasang angan-angan memilikinya.

pEuGeOt rCz SpOrTs CoUpE 2011DiLaNcArKan Di MaLaYsiA


Peugeot RCZ Sports Coupe 2011 bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu depan, berdasarkan sumber pengedar sah kereta jenama Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn. Bhd.



Berdasarkan di atas acuan rekabentuk Peugeot 308 hatchback, RCZ Sports Coupe ini dijanakan oleh 2 versi enjin BMW PSA-Prince 1.6 liter Twin-Scroll Induksi Paksaan (TurboCharged) yang berkuasa menghamburkan kuasa sebanyak 156 kuasa kuda dan 240 Nm kuasa tork bagi versi pertama dan 200 kuasa kuda dan 275 Nm kuasa tork bagi versi kedua.



Kuasa enjin bagi versi pertama disalurkan melalui transmisi automatik 6 kelajuan manakala bagi versi kedua yang lebih berkuasa, ianya dilengkapi dengan transmisi manual 6 kelajuan.




RCZ Coupe ini diberitakan bakal bersaing dengan kereta-kereta segmen “Premium Coupe” dimana, harganya pasti akan berada pada sekitar RM 100,000.Tidak seperti kereta Peugeot yang lain, Peugeot RCZ ini sememangnya tampak lebih bergaya dan sporty.Ia juga pernah diundi untuk kategori ”The Most Beautiful Car of the Year” di 25th International Automobile Festival.

Layan lagi gambar-gambar Peugeot RCZ Sports Coupe 2011 di bawah.












kErEtA pErOnDa PdRm GuNa KiA fOrTe



Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Mungkin? Lagi gambar kereta peronda PDRM Kia Forte…..



Takkan proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta polis peronda Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi.


Dengan kemasukan kereta Kia Forte ini dalam pasukan PDRM, bertambahlah koleksi kereta polis di Malaysia setakat ini :

  • Proton Wira

  • Proton Iswara

  • Proton Waja

  • Proton Satria GTi (dah tak nampak lagi, wujud lagi?)

  • Proton Perdana

  • Perodua Kancil

  • Perodua Kembara

  • Perodua Rusa

  • Mitsubishi Lancer Evo 10

  • NAZA Forte



  • Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam.




    P/S : Apa pandangan anda dengan kereta polis peronda PDRM yang baru ini?



    pDrM tEriMa mPv InSpiRa BeRhArGa rM 160,000



    Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) telahpun menerima 10 biji unit Proton Inspira 1.8 liter Manual Mobile-Petrol Vehicled (MPV) untuk menambahbaik kenderaan Polis sedia ada bagi membantu tugas-tugas harian.

    SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menerima 10 unit kereta peronda (MPV) model Proton Inspira 1.8 liter manual untuk menjalankan tugas harian.
    MPV tersebut lengkapi sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak yang mencecah RM160,000 seunit.
    Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Mohamed Tahir kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di sini.
    Ismail berkata, beliau percaya pemberian terbabit dapat mengukuhkan penjanaan sumber logistik PDRM dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
    “MPV penting dalam menjalankan tugas harian polis dengan cepat dan ia adalah barisan hadapan PDRM,” katanya selepas majlis itu di sini.
    Hadir sama, Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Zulkifli Abdullah; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rashid serta Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
    Ismail berkata, PDRM dan Proton mula jalin kerjasama sejak projek kereta nasional diperkenalkan 26 tahun lalu.
    “Sepanjang tempoh itu, kebanyakannya MPV adalah daripada model Proton, bermula dengan kereta nasional pertama, Proton Saga sehingga keluaran terbaru,” katanya.
    Beliau berkata, pihaknya menjalankan projek bersama Proton untuk menambah baik dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
    “Antara projek itu, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM bekerjasama dengan Proton menghasilkan prototaip MPV polis yang diubahsuai daripada Proton Inspira.
    ”Program itu dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 MPV yang mencapai had usia penggantian, diperoleh sejak 2006,” katanya.
    Agak mahal juga ye kos untuk menambahkan peralatan lengkap sistem lampu amaran, siren bersepadu, pelekat pembalikan cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak sampai harganya boleh mencecah RM 160,000.
    Tapi kalau dah Proton sudi nak bagi, ambik sahajalah kan?Lagipun, kenderaan Polis biasanya bukan dalam keadaan standard.Sudah pasti ada tukaran perlatan berprestasi tinggi dalam enjin dan sebagainya, bagi memudahkan urusan Polis dalam mengejar penjenayah.
    Kos-kos alat berprestasi tinggi ini juga bukannya murah, bagi sesiapa yang tahu mengenai barang-barang enjin ini.Lagipun, mesti malu kalau Polis nak kejar penjenayah, tak dapat sebab kena tinggal masa kejar-mengejarkan? Diharap dengan adanya kenderaan baru Proton Inspira MPV ini, pihak Polis dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan telus.