BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 2 June 2011

hOnDa CiViC hYbRiD

Honda Civic Hybrid merupakan versi kereta hibrid bagi Honda Civic, mula diperkenalkan di Jepun pada akhir 2001. Ia didatangkan sama ada dengan transmisi boleh laras berterusan atau (sehingga 2005) transmisi manual 5 kelajuan. Ia menggunakan sistem hibrid Bantuan Motor Bersepadu yang serupa dengan Honda Insight.
Civic Hybrid mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 serta menjadi satu-satunya kereta hibrid yang dijual di Malaysia sehinggalah model-model hibrid lain seperti Toyota Prius dan Honda Insight turut dibawa masuk. Generasi pertama Civic Hybrid adalah berasaskan Civic Generasi Ketujuh manakala generasi kedua pula berasaskan Civic Generasi Kelapan. Civic Hybrid dinobatkan sebagai kereta hibrid kedua terlaris di Amerika Syarikat. Setakat penghujung Januari 2009, jumlah jualah Civic Hybrid sudah melebihi 255,000.


Civic Hybrid, berasaskan Civic Generasi Ketujuh, mula diperkenalkan di pasaran Jepun pada Disember 2001. Honda mendakwa kereta tersebut sebagai kereta pengeluaran petrol 5 tempat duduk paling jimat minyak di dunia pada masa pengeluarannya. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2003 serta merupakan satu-satunya kereta hibrid yang dijual di Malaysia pada masa tersebut.
Ia merupakan model aliran perdana Honda pertama yang dikengkapi sistem hibrid petrol-elektrik serta merupakan model hibrid kedua syarikat selepas Insight. Model dengan transmisi manual mencatatkan penggunaan bahan api 46 bsg bandar raya / 51 bsg lebuh raya mengikut kiraan EPA, lebih kurang sama dengan penggunaan bahan api gabungan bagi Toyota Prius, menjadikannya kereta sedan lima tempat duduk paling jimat minyak di Amerika Utara pada masa tersebut.


Generasi kedua Civic Hybrid adalah berasaskan Civic Generasi Kelapan. Sistem aliran kuasa generasi kedua Civic Hybrid adalah sama seperti generasi pertama tetapi diperbaharui seperti berikut:
  • Dikemaskini kepada sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) generasi keempat
  • Motor elektrik 20 hp yang lebih berkuasa.
  • Bateri nikel-logam hidrida 158.4 V (132 x 1.2 V) dengan kapasiti 5.5 A•h yang 12% lebih kecil.
  • Dinaik taraf ke sistem enjin i-VTEC 3 Peringkat dan VCM (Pengurusan Silinder Boleh Laras) , yang membolehkan keempat-empat silinder dimatikan semasa meluncur pada kelajuan sederhana untuk membolehkannya bergerak menggunakan kuasa elektrik sahaja. Keluaran enjin meningkat kepada 95 hp (70 kW) pada 6,000 rpm dan kilasan maksimum pula ialah 123 N-m pada 4,600 rpm.
  • Keluaran gabungan kedua-dua enjin dan motor elektrik ialah 115 hp pada 6,000 rpm. Kilasan maksimum pula ialah 123 kaki-paun pada 2,500 rpm
  • Pemampat hibrid untuk sistem pendingin udara.

Civic Hybrid generasi ketiga bakal menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC yang lebih besar serta bateri litium-ion, serta dijangka mencatatkan penggunaan bahan api gabungan purata sebanyak 5.2 L/100 km.Ia bakal dilancarkan pada musim bunga 2011 di Amerika Syarikat dan Kanada.
Ia didatangkan dengan pembaharuan aerodinamik yang lebih baik serta teknologi Honda ECO Assist. Teknologi ECO Assist merupakan sistem maklumat bagi membantu pemandu mengguna pakai gaya pemanduan yang lebih menjimatkan minyak, serta telah terbukti menambah baik penjimatan bahan api sebanyak 10% bagi kenderaan hibrid Honda di Jepun.

0 comments: